JANGAN DIMUSNAHKAN KEMERIAHAN SYAWAL

Syawal merupakan hari kita bergembira dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.

Tempoh sebulan berpuasa merupakan latihan kepada umat islam dalam melatih diri menjaga pemakanan. Ini kerana pada siang hari, tubuh tidak menerima apa-apa makanan dan sistem badan akan menggunakan apa yang ada dalam tubuh seperti lemak yang tersimpan ditukarkan menjadi gula sebagai sumber tenaga kepada tubuh.

Ini juga merupakan tempoh pembersihan badan dan pembaikpulih sistem badan. Boleh dilihat perbezaan antara hari berpuasa dan hari pertama syawal di mana kebanyakan ummat enak menjamu selera dengan pelbagai juadah dan rasa. Jika dapat selang waktu dua jam tidak makan merupakan kehairanan kerana tidak putus kunjungan dan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai.

Namun, akan hadir satu fenomena seawal hari ke 3 atau mungkin awal lagi kepada mereka yang mempunyai sakit-sakit sebelum ini seperti kencing manis, darah tinggi dan gout. Ini tidak lain tidak bukan majoritinya disebabkan oleh pemakanan semasa Aidilfitri.

Bagi mereka yang sedang menghadapai 3 gejala di atas, makanan manis bergula amatlah sensitif. Ditambah pula dengan karbohidrat ringkas seperti nasi putih, minuman manis dan kuih muih. Kerana bahan-bahan ini akan cepat bertukar kepada gula di dalam darah dan akan menyebabkan ‘sugar spike’. Ini bermakna kandungan gula dalam darah meningkat dengan mendadak. Ini akan menyebabkan sistem cuba menghasilkan sebanyak mungkin insulan tetapi bukan pada kapasiti yang mampu dan mungkin sebaliknya. Kesannya akan tinggallah gula tersebut di dalam darah yang akhirnya akan ditukar menjadi lemak yang melekat pada dinding salur darah dan abdomen lain. Situasi ini juga memberi kesan kepada kadar tekanan darah yang akan menyaksikan mereka yang ada masalah dengan tekanan darah tinggi akan mengalami masalah tekanan darah naik secara tiba-tiba.

Kemudian bermulalah episod mencari ubat, amalan ziarah ke rumah rakan dan taulan dibatalkan kerana mahu ke klinik mendapatkan rawatan dan ada juga yang mungkin akan tidur baring sahaja di rumah.

Bukanlah kita tidak boleh bergembira meraikan kedatangan Syawal malah ianya wajib diraikan kerana senagai tanda kemenangan mengharungi Ramadhan. Bagi mereka yang sudah sedia ada sesuatu penyakit, perlulah berpantang dan ambil langkah perlindungan.

Cuba elakkan atau minimumkan pengambilan makanan daging, nasi, mee, kuih muih dan air manis secara berlebihan. Cukuplah sekadar merasa untuk menyantuni tetamu atau tuan rumah. Dalam masa yang sama perbanyakkan minum air masak, penuhkan perut dengan buah-buahan dan mengambil makanan yang tinggi nilai Antioksidan seperti minyak zaitun extra virgin. Ianya dapat membantu menyingkirkan radikal bebas dan menghindari tekanan oksidatif.

Selain dari itu, ambil minuman yang boleh memepercepatkan pencernaan seperti cuka buah teen dan juga jus delima untuk meningkatkan kadar metabolisme badan.

Justeru, bagi mereka yang tiada masalah kesihatan, jangan kita jadikan ianya alasan untuk tidak berwaspada dalam menjamu selera. Tindakan hari ini sangat menentukan kesihatan kita pada masa akan datang.

“Bersederhanalah dalam menjamu selera”

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Hj. Firdaus | 2 syawal 1439h

Leave a Reply



Arkib

Kategori

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts and promotions by email.

© - MRozie Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

%d bloggers like this: