Kekal bertenaga dengan ‘Super food’ di bulan Ramadan

Bukan mudah kekal bertenaga dan ceria sepanjang hari apatah lagi bagi mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan.

Image result for quran superfood

Makanan “super food” yang juga makanan sunah yang boleh membekalkan keperluan nutrisi mencukupi sepanjang hari sekali gus membantu anda menjalankan ibadah puasa secara sihat.

1. Kurma

Salah satu buah yang banyak disebut di dalam Al-Quran. Buah ini kaya dengan tenaga, serat, zat besi, vitamin dan mineral.
Buah ini boleh dipelbagaikan dengan menjadikannya susu kurma, chutney kurma, pencuci mulut atau dimakan bersama salad.

2. Minyak zaitun

Pakar diet dan nutrisi sering bercakap mengenai kebaikannya untuk kesihatan kardio, anti-oksidan dan anti-radang.

Minyak zaitun boleh dicicah dengan roti atau digaul dengan salad. Ia lebih ringan elok digunakan untuk membakar kek.
Buah zaitun juga boleh digunakan dalam salad atau bahan dalam kek, roti, mufin dan pai.

3. Barli

Tahukah anda, barli adalah 1 daripada 5 makanan paling berkhasiat di dunia? Kajian menunjukkan barli kaya dengan kandungan serat larut. Ia membersihkan saluran arteri dan mengekalkan kesihatannya. Barli mempunyai kadar glisemik rendah menjadikan anda kenyang lebih lama.

Barli boleh digunakan dalam sup, bubur atau minuman. Tepung barli juga boleh digunakan dalam membuat kek dan roti.

4. Madu

Anti-radang, pencetus imunisasi, pembekal tenaga antara yang boleh dikaitkan dengan madu.

Madu digunakan sebagai pemanis dalam minuman dan makanan. Madu asli lebih pekat dan berkrim mempunyai kadar glisemik yang rendah. Campurkan dengan serbuk kayu manis untuk perasa yang lebih menarik.

5. Anggur dan kismis

Anggur mempunyai resveratrol, sejenis anti-oksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan tisu. Biji anggur kaya dengan flavonoid yang merendahkan risiko pembentukan lemak di dalam saluran darah ke jantung.

Makan sahaja buah anggur atau diperap dan dijadikan jus untuk diminum semasa “moreh”. Ia juga sesuai ditambah dalam salad atau pencuci mulut. Buah kismis dengan kekacang adalah snek sihat selepas solat tarawih.

Leave a Reply



Arkib

Kategori

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts and promotions by email.

© - MRozie Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

%d bloggers like this: