Obese Dan Bersenam. Dimana Harus Saya Bermula?

Soalan dari pembaca yang berumur 45 tahun, sedikit obese, bermasalah diabetes, kolestrol tinggi, ingin melakukan senaman berjogging.

Apa nasihat doktor?

Saya menasihatkan agar saudara memulakan dengan senaman berjalan kaki dulu. Berjalan adalah lebih mudah tetapi sangat bermanfaat. Ia boleh membantu saudara mengurangkan berat badan, mengurangkan tahap kolesterol, menguatkan tulang, mengurangkan tekanan darah dan merendahkan kandungan gula dalam darah.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berjalan dan aktiviti fizikal ringan yang lain boleh meningkatkan daya ingatan dan menghindari penyakit nyanyuk.

Jalan Kaki Landasan Keretapi 795x447

Apa yang saudara perlukan adalah sepadang kasut sukan yang sesuai. Mulakan dengan berjalan selama kira-kira 10-15 minit pada satu masa.

Dari masa ke masa, saudara boleh meningkatkan masa dan jarak berjalan selama 30 min tanpa rasa semput dan sakit kaki. Lakukan senaman ini beberapa hari dalam seminggu.

Kemudian apabila saudara sudah terbiasa dengan senanam ini, barulah memulakan senaman berjogging untuk jarak dan masa yang pendek dulu, dan kemudian menambah masa dan jarak secara perlahan-lahan.

Ini bagi mengelakkan jantung saudara dari mengalami penyakit serangan jantung secara tiba-tiba.

Dari pengalaman saya, ramai lelaki yang terus memulakan senaman berjogging atau bermain bola atau futsal, setelah bertahun-tahun tidak melakukan sebarang senaman. Ada yang pengsan dan ada yang tidak dapat diselamatkan.

Wallahu a’lam.

Credit Blog : aafiyatlifestyle.com

Leave a Reply



Arkib

Kategori

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts and promotions by email.

© - MRozie Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

%d bloggers like this: