ceo1

Visi

Menjadi Peneraju & Pembekal Pilihan Bagi Produk Semulajadi & Organik Yang Telah Terbukti Dengan Kajian Saintifik.

Misi

1. Kami adalah entiti perniagaan yang memasarkan produk semulajadi dan organik berkualiti tinggi.

2. Kepentingan kami adalah untuk membekal dan mengedar produk semulajadi dan organik berkualiti tinggi.

3. Tanggungjawab utama kami adalah untuk memupuk budaya pengambilan produk kesihatan yang terbukti secara saintifik.

4. Objektif kami adalah untuk membentuk usahawan yang berdikari dari aspek ekonomi dan berpengetahuan tinggi

Sejarah Penubuhan

Segalanya bermula ketika pengasas Olive House, Ustaz Aidil Azwal bin Zainudin melanjutkan pelajarannya di Al-Azhar Mesir di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang pada tahun 1998. Selama sepuluh tahun bergaul dengan masyarakat di Timur Tengah, beliau amat tertarik dengan budaya amalan pemakanan minyak zaitun dan diet pemakanan masyarakat di sana yang dikenali sebagai Diet Mediterranean.

Berdasarkan pemerhatian beliau, pengambilan pati minyak zaitun memberikan impak kesihatan, yang amat baik bagi masyarakat di Timur Tengah terutamanya penyakit jantung. Semenjak hari itu, beliau berazam unutk membawa pati minyak zaitun yang tinggi khasiatnya pulang ke Malaysia bagi berkongsi manfaat kesihatan kepada semua. Dengan bermodalkan RM 400.00 sahaja bagi membeli 4 tin pati minyak zaitun dari Syria dan 400 botol kosong, pengeluaran produk pertama Olive House dilakukan oleh beliau sendiri tanpa mengira penat dan lelah.

Matlamat beliau hanyalah satu, iaitu memberi pengetahuan dan berkongsi manfaat kepada masyarakat Malaysia pada waktu itu mengenai khasiat pati minyak zaitun dan seteryusnya mengamalkan dalam kerhidupan seharian.

Perit jerih beliau mula mendatangkan hasil apabila sambutan menggalakkan diterima oleh masyarakat setempat terhadap produk pertama Olive House. Dalam masa setahun, tempahan demi tempahan diterima menyebabkan beliau tidak menang tangan dalam menghasilkan produk pati minyak zaitun tersebut. Melihat perkembangan yang amat positif, anak jati Alor Setar, Kedah ini terus mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat milikan tunggal di bawah nama Olive House Resources pada tahun 2011 dan bertukar wajah kepada syarikat sendirian behad pada tahun 2014 di bawah nama OHR Marketing Sdn. Bhd.

Pertemuan beliau dengan seorang tokoh nutrisi terkemuka dari Morocco, Dr Muhammad Faidh yang memperkenalkan konsep asas serta falsafah nutrisi dan perubatan ‘Quranic Food’ menjadikan beliau lebih berani dan yakin untuk memperluaskan produk di bawah keluaran Olive House. Bermula dengan produk pertama iaitu pati minyak zaitun Olive House, beliau menjelajah ke seluruh dunia untuk mencari produk bermutu tinggi dan asli untuk dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia. Antara produk keluaran Olive House adalah produk buah teen iaitu buah teen kering organik, cuka buah teen, jus delima, pati minyak zaitun Olivie 30, ubat gigi garam bukit dan cengkih serta minyak wangi.

Kini OHR Marketing Sdn Bhd mempunyai jaringan agen meliputi seluruh Malaysia yang diuruskan oleh 14 cawangan pengurusan. Ber-ibu pejabat di Alor Setar, Kedah Olive House mempunyai fasiliti lengkap seperti gudang, pembungkusan produk dan logistik yang diuruskan oleh lebih 40 orang kakitangan.

Model Perniagaan Olive House

Sistem Ejen secara 'trading' dengan margin keuntungan yang berpatutan

Struktur Model Perniagaan

[text]

email: text

text